fb fb fb fb fb

Perubatan tradisional dan komplementari tidak dikenakan cukai perkhidmatan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Perkhidmatan pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan seperti diwartakan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan tersebut mengambil kira perbincangan hasil libat urus pihak berkepentingan industri berkenaan.

Justeru, pengamal yang telah berdaftar dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari (AKTA 755) tidak perlu berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Antara perkhidmatan dikecualikan cukai termasuk perubatan tradisional Melayu, Cina dan India, homeopati, kiropraktik, osteopati dan perubatan Islam.

Jelas Amir Hamzah, keputusan itu juga sebagai langkah meningkatkan kesihatan diri dan kesejahteraan rakyat seperti ditekankan dalam Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Ia turut terpakai ke atas perkhidmatan disediakan pusat kesihatan, rumah urut dan seumpamanya yang berdaftar dengan Akta 755 untuk tempoh sebelum 1 Mac 2024.

SITI AISHAH BINTI MD ISA