fb fb fb fb fb

Permintaan domestik dan luar, pemangkin pertumbuhan ekonomi negara - Pakar

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Permintaan domestik dan luar, pemangkin pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua tahun ini.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin berpendapat Sumbangan Tunai Rahmah yang diberikan kerajaan, merancakkan lagi perbelanjaan dan permintaan barangan serta perkhidmatan.

Prestasi ekonomi domestik dan permintaan luar turut menyokong pertumbuhan positif industri-industri utama.

"Sektor perkhidmatan diikuti sektor pembuatan, pertanian dan sektor perlombongan dan kuari serta sektor pembinaan. Dalam kelima-lima sektor ini, sektor perkhidmatan adalah yang paling banyak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)."

"Daripada segi pertumbuhan, sektor perkhidmatan bertumbuh sebanyak 5.6 peratus pada suku kedua beranding suku pertama iaitu sebanyak 4.7 peratus," kata Dr. Ida kepada pemberita, hari ini secara maya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya.

Ia merupakan pertumbuhan tertinggi sejak Suku Kedua 2022 pada 7.4 peratus.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM