fb fb fb fb fb

Ringgit antara mata wang catat prestasi serantau terbaik

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Ringgit stabil dan didagangkan di bawah 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat hampir dua minggu.

Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias berkata setakat ini, ringgit antara mata wang yang mempunyai prestasi serantau terbaik, didorong oleh faktor domestik dan luaran.

"Kami percaya usaha bank pusat untuk menstabilkan ringgit dan membina semula rizab luar negeri melalui penghantaran pulang dan penukaran," katanya dalam Sidang Media Prospek Pasaran Separuh Kedua 2024 secara maya.

Beliau turut menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus, sehingga tahun depan.

Tambahnya, pengekalan OPR akan menyokong kepada prestasi ringgit.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM