fb fb fb fb fb

Perkasa usahawan India, Tekun Nasional sedia dana tambahan RM30 juta untuk “SPUMI Goes Big”

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan

KUALA LUMPUR, 3 April - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) hari ini mengumumkan dana tambahan sebanyak RM30 juta untuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI Goes Big).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata skim tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 usahawan.

Beliau berkata, dengan adanya dana tambahan itu menjadikan keseluruhan peruntukan untuk usahawan masyarakat India kini berjumlah RM60 juta.

"Sebelum ini kalau kita ambik SPUMI, SPUMI pinjaman dia ialah dari RM1,000 sehingga RM100,000 tetapi SPUMI Goes Big ini dia adalah pinjaman sebanyak RM50,000 hingga RM100,000," katanya pada sidang media, di sini.

Tambah Ramanan, usahawan boleh memohon SPUMI Goes Big di semua cawangan TEKUN Nasional bermula 15 April ini.

Sehingga Mac lepas, seramai  28,808 usahawan masyarakat India telah mendapat pembiayaan di bawah SPUMI sedia ada dengan nilai RM450.5 juta.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN