fb fb fb fb fb

Peralihan modal China ke Asia manfaatkan ekonomi Malaysia

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Peralihan modal pelaburan dari China ke rantau Asia memberi manfaat besar kepada Malaysia dan negara jiran, terutamanya dalam sektor automotif, hartanah, semikonduktor, dan bahan mentah.

Menurut kumpulan teknologi hartanah antarabangsa Juwai IQI, China telah melabur lebih AS$1 bilion ke setiap negara dalam rantau ini sepanjang tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI, Kashif Ansari berkata pelaburan dari syarikat China kini lebih strategik dan berjangka panjang, dengan tumpuan kepada pembinaan kapasiti baharu.

“Perubahan ini bukan sahaja meningkatkan aliran modal, malah menggalakkan kemasukan kepakaran, inovasi, dan peluang pekerjaan. Ia turut memberi impak positif kepada pasaran hartanah di Malaysia, terutama dalam permintaan untuk hartanah komersial dan kediaman bagi menyokong operasi perniagaan,” katanya.

Zon perindustrian di pelbagai negeri juga dijangka berkembang, menambahkan daya tarikan kepada pelabur dan meningkatkan hasil negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN