fb fb fb fb fb

Penyenaraian PSP Energy, perkukuh hab bunkering

RM34.2 juta berjaya diraih melibatkan 213.80 juta saham baharu / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Disember - Syarikat pedagang dan pengedar bahan api dan pelincir, PSP Energy Bhd memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE pada 16 sen sesaham, tidak berubah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO).

Melalui penyenaraiannya, RM34.2 juta berjaya diraih melibatkan 213.80 juta saham baharu.

Pengarah urusan kumpulan, Ong Chee Seng berkata daripada jumlah itu, RM15.0 juta bakal diperuntuk bagi pembelian kapal pengisi bahan bakar (bunker) baharu.

''Kami mempunyai tiga kapal bunker ketika ini, jadi dengan pertambahan satu lagi kapal, akan meningkatkan kapasiti, sekali gus menyumbang kepada jualan dan pendapatan untuk perniagaan kapal kami,'' katanya pada sidang media selepas penyenaraian PSP Energy di Bursa Malaysia.

Tambahnya, syarikat merancang untuk mendapatkan kapal buatan Jepun berusia bawah 15 tahun dengan kapasiti di bawah 2,000 tan dan kapasiti pembawaan dua megaliter.

Dalam pada itu, syarikat sedia memperkukuh kedudukan di laluan maritim utama negara dengan pembangunan pembangunan hab bunkering di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka.

Syarikat juga, sedang menaik taraf kawasan pelabuhan yang dilengkapi jeti dan kemudahan storan bahan api berkapasiti 6 megaliter.

''Langkah itu, membolehkan PSP Energy membekalkan minyak gas marin terus kepada kapal yang berlabuh di Tanjung Bruas dan memanfaatkan pertambahan trafik di Selat Melaka.

“Perancangannya adalah untuk memulakan operasi pada separuh pertama tahun 2026,” katanya.

Perkhidmatan pengisian bahan bakar kekal penyumbang hasil utama PSP Energy, meningkat daripada RM106.1 juta pada tahun kepada berakhir 30 Jun 2022 kepada RM147.8 juta pada tahun kewangan 2025.

FAUZIAH ABD RAHMAN