fb fb fb fb fb

Penyasaran subsidi diesel rangsang ekonomi inklusif jangka panjang

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 11 Jun - Penyasaran subsidi diesel adalah langkah penting yang merangsang pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan dalam jangka panjang.

Menurut Boustead Properties Berhad, industri hartanah berpotensi mendapat manfaat daripada penjimatan subsidi bahan api berjumlah RM4 bilion setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties Berhad Khairul Azizi Ismail berkata, penjimatan fiskal diunjurkan akan menambah baik kemudahan awam dan pembangunan infrastruktur.

"Ini akan meningkatkan nilai dan daya tarikan pembangunan kediaman dan komersial.

"Dasar itu turut mempromosi pembangunan mampan dengan menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.

"Sekali gus mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan membolehkan sektor hartanah menyumbang kepada matlamat alam sekitar negara," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut syarikat pemaju, pelaksanaan subsidi diesel tidak memberi impak terhadap keberkesanan operasi, penghantaran operasi mahupun kos pembangunannya.

Kata Khairul ini memandangkan, bahan api diesel pada harga komersial telah diambil kira bagi semua projek dan pembangunan Boustead Properties.

TETITIA YUSOFF