fb fb fb fb fb

Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar menjelang akhir tahun

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Ringgit berpotensi mengukuh kepada RM4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.

Kenanga Research memaklumkan, terdapat kelemahan berterusan dalam ekonomi negara maju itu, di sebalik jangkaan penangguhan pengurangan kadar sehingga November ini.

Ini termasuk tempoh pencarian kerja yang panjang dan ancaman tekanan kewangan akibat hutang kad kredit dan nilai gadai janji yang meningkat.

Jelas firma penyelidikan itu, usaha kerajaan untuk menukar hasil pendapatan asing kepada ringgit dan komitmen terhadap penyatuan fiskal turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit.

Ringgit kembali melonjak Mei lalu, menjadikannya antara mata wang ASEAN berprestasi terbaik susulan susut nilai indeks Dolar Amerika Syarikat.

Sementara itu, kadar inflasi dijangka kekal stabil, pada purata 2.7 peratus tahun ini.

Unjuran itu mengambil kira rasionalisasi subsidi diesel dan potensi pengapungan RON95 pada menjelang akhir tahun.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE