fb fb fb fb fb

Pelabur tumpu data ekonomi, niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus susut apabila mengakhiri dagangan Isnin dengan rendah ketika pelabur menumpukan minggu yang sarat dengan pengumuman data penting.

Data seperti Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ISM dan maklumat tawaran kerja Amerika Syarikat (AS) akan diumumkan esok dan diikuti dengan laporan penggajian Pemprosesan Data Automatik AS pada hari berikutnya.

Selain itu, angka tuntutan pengangguran AS dan Indeks Pengurus Pembelian ISM AS pula diumumkan pada Khamis manakala data gaji bukan perladangan AS diketahui pada Jumaat.

Di peringkat tempatan, kontrak niaga hadapan emas bagi September 2024 susut kepada US$2,650.20 setiap auns troy auns daripada US$2,661.60 pada Jumaat.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 ditutup pada AS$2,664.70 setiap troy auns, susut daripada AS$2,675.10 pada Jumaat.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 54 lot manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 45 kontrak daripada 71 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Sept, 2024, harga emas fizikal berada pada AS$2,661.85 bagi setiap troy auns. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA