fb fb fb fb fb

Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih minggu ketiga berturut-turut di Bursa Malaysia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan aliran masuk RM400.7 juta.

MIDF Research memaklumkan, sektor dengan aliran masuk asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan iaitu RM211.2 juta.

Diikuti utiliti sebanyak RM200.7 juta dan teknologi berjumlah RM56.3 juta.

Manakala aliran keluar asing bersih tertinggi adalah perladangan dan penjagaan kesihatan.

Institusi tempatan mengekalkan jualan bersih ekuiti domestik bagi minggu ketiga berturut-turut berjumlah RM276.6 juta.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE