fb fb fb fb fb

Pelabur asing jual ekuiti bernilai RM1.1 bilion minggu lepas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, dengan nilai jualan bersih RM1.10 bilion.

Ia merupakan jualan bersih tertinggi dalam tempoh 18 minggu, dengan aktiviti penjualan dicatatkan setiap hari dagangan.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF), tiga sektor yang mencatat jualan bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan, utiliti serta produk dan perkhidmatan pengguna.

Manakala, sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih ialah perladangan, hartanah dan tenaga.

Pelabur institusi tempatan membuat belian bersih untuk minggu keempat berturut-turut berjumlah RM1.02 bilion.

Peruncit tempatan, turut memainkan peranan dalam menyokong pasaran, dengan belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut bernilai RM79.8 juta.

Di peringkat serantau, MIDF melaporkan peralihan dana asing dari Asia minggu lepas, apabila pelabur menjual bersih, enam daripada lapan pasaran.

Ia berikutan aliran masuk semula dana ke China, kecuali pasaran Filipina dan Vietnam yang menyaksikan aliran masuk bersih minggu lepas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE