fb fb fb fb fb

Pekebun kecil desak EU kaji semula EUDR

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Lebih 500 pekebun kecil dari seluruh negara menandatangani petisyen bagi mendesak Kesatuan Eropah (EU) mengkaji semula Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang bersifat diskriminasi.

Petisyen dikemukakan kepada Kedutaan Delegasi EU di Malaysia oleh enam wakil agensi dan persatuan sektor kelapa sawit.

Menerusi petisyen itu, semua pihak meminta EU mengiktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan mengeluarkan Malaysia daripada kalangan negara yang berisiko sekiranya EUDR dilaksanakan.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia, Adzmi Hassan berkata Malaysia mempunyai rekod cemerlang dan jelas mengenai perlindungan hutan dan pengeluaran mampan.

"Peraturan EUDR dari Eropah, kami fikir bahawa peraturan berkenaan tidak adil kepada pekebun kecil.

"Keluarkan Malaysia daripada senarai berisiko, dan yang keduanyaa kita nak diiktiraf dari MSPO, dengan sendirinya apabila diiktiraf maka tidak ada masalah dengan peraturan ini," katanya.

(Adzmi Hassan)

Adzmi berkata demikian dalam sidang media selepas sesi dialog EUDR: Impak Kepada Pekebun Kecil dan Industri Malaysia di Menara Felda, di sini hari ini.

Keenam-enam wakil agensi dan persatuan itu juga sepakat menyeru kerajaan EU menghentikan diskriminasi dan tindakan bersifat perlindungan yang tidak adil seperti terkandung dalam EUDR.

Media Baharu