(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu dengan dagangan sebanyak enam lot.
Kontrak niaga hadapan bagi bulan semasa Mac 2023 susut kepada US$1,894.10 bagi setiap troy auns.
Selain itu, kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 berjumlah US$1,900.20 setiap troy auns.
Harga fizikal emas pada US$1907.55 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association bagi penetapan tengah hari 14 Mac, 2023. -BERNAMA
(Niaga hadapan emas ditutup rendah/Foto fail)