KUALA LUMPUR, 27 November- Pasaran bon dan sukuk negara berada pada landasan tepat menyokong pembiayaan bertanggungjawab dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Setakat Oktober, sejumlah RM 2.2 bilion sukuk perlaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) direkodkan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin memaklumkan pasaran sukuk Malaysia disifatkan yang terbesar merangkumi 35 peratus sukuk global, mendahului Arab Saudi dan Indonesia.
"Penerapan unsur kemampanan ke dalam pasaran Bon dan Sukuk bukan hanya selari agenda nasional tetapi menyokong daya tahan dan keuntungan. Ini sekaligus mengukuhkan keyakinan pelabur, menarik pelaburan asing dan menggalakkan inovasi,"katanya.
Beliau menyampaikan ucaptama pada persidangan bon dan sukuk Malaysia anjuran Malaysian Rating Corporation Berhad berlangsung secara maya.