KUALA LUMPUR, 10 Jun- Pasaran getah Kuala Lumpur sekali lagi ditutup pada paras tertingginya bagi tahun ini mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah serantau mencatatkan dagangan kecil hari ini berikutan ketiadaan pembeli China.
“Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan akan kemungkinan kenaikan semula kadar faedah di Amerika Syarikat yang didorong oleh data ekonomi kukuh,” katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik setengah sen kepada 858 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat satu sen kepada 799 sen sekilogram.
Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 859.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 800 sen sekilogram. - BERNAMA