fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan yang diumumkan pada Jumaat lepas.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 turun kepada US$2,303.8 setiap auns troy daripada US$2,355.0 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas, manakala Julai 2024 susut kepada US$2,310.6 setiap auns troy daripada US$2,361.80 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah pada US$2,325.9 setiap auns troy daripada US$2,377.0 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan meningkat kepada 39 lot daripada 27 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 69 kontrak daripada 52 kontrak sebelum itu.

Menurut London Bullion Market Association pada 7 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,310.80 setiap auns troy.- BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI