fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Pasaran getah Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih tinggi pada Jumaat, seiring prestasi pasaran hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen positif itu didorong oleh jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedah negara maju itu pada tahun depan.

“Isyarat Fed mengenai penurunan kadar faedah pada 2024, berkemungkinan menggalakkan pelabur asing untuk memasukkan semula dana mereka di Malaysia bagi mendapatkan hasil pulangan lebih tinggi.

“Beberapa ahli ekonomi turut menjangkakan Malaysia akan meraih manfaat daripada kemungkinan penurunan kadar faedah itu yang boleh merangsang pinjaman dan perbelanjaan di AS, sekali gus meningkatkan permintaan bagi produk-produk Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Kenaikan selanjutnya bagaimanapun telah dikekang oleh prestasi ekonomi China yang bercampur-campur.

Selain itu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 atau SMR 20, menokok empat sen kepada 2.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik satu sen kepada 537.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan fizikal bagi SMR 20 berada pada 671.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 536.5 sen sekilogram.- BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI