fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan aliran meningkat dengan ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau yang didorong oleh peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran didorong oleh optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China dan perkembangan positif mengenai rundingan perdagangan baharu antara China dan Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan minggu depan.

“Kenaikan seterusnya dikekang oleh data ekonomi China yang lemah termasuk jualan kenderaan global yang kurang menggalakkan,” katanya kepada Bernama.

Katanya niaga hadapan getah Jepun tinggi pada Jumaat, mencatatkan kenaikan untuk minggu keenam berturut-turut, disokong oleh hujan berterusan di kawasan pengeluaran utama dan optimisme baharu terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China.

Beliau berkata harga minyak meningkat pada Jumaat berdasarkan harapan terhadap perjanjian perdagangan antara AS dan Kesatuan Eropah serta laporan mengenai Rusia yang mengehadkan eksport petrol.

Pada pukul 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) melonjak 7.5 sen kepada 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal kekal tidak berubah sebanyak 579 sen sekilogram. -BERNAMA

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN