fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran niaga hadapan getah serantau dan ekoran penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun susut pada Rabu, seiring dengan penurunan di pasaran Shanghai dan kejatuhan harga minyak yang telah mengurangkan minat risiko dalam kalangan pelabur, katanya kepada Bernama.

Hari ini, penanda aras global minyak mentah Brent turun sebanyak 1.08 peratus kepada US$72.45 setong.

Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS ditambah dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan bagi negara-negara membangun di Asia.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun 4.5 sen kepada 664.0 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 1.5 sen kepada 538.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi SMR 20 fizikal berada pada 663.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 538.0 sen sekilogram.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN