fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 November - Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas dipengaruhi oleh petunjuk yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga.

Sentimen pasaran terjejas dengan data ekonomi China yang tidak memberangsangkan dan krisis perdagangan Amerika Syarikat-China yang memanas semula.

"Eksport China turun 1.1 peratus, yang paling lemah sejak Februari berikutan penghantaran masuk ke AS menjunam lebih 25 peratus disebabkan oleh tarif," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dibatasi oleh kenaikan dalam harga minyak mentah.

"Minyak meningkat hari ini selepas kebimbangan selama tiga hari mengenai bekalan yang berlebihan dan permintaan perlahan di AS sudah mula mereda," katanya.

Pada 3 petang hari ini, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga getah SMR20 menurun sebanyak 7.50 sen kepada 720.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 570 sen sekilogram.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE