fb fb fb fb fb

Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil tahun ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 April- Pasaran buruh Malaysia diunjur kekal stabil tahun ini dengan purata kadar pengangguran pada 3.2 peratus.

Ini dilihat konsisten dengan kadar tahun lepas iaitu sebanyak 3.4 peratus.

Melalui nota penyelidikan, Kenanga Investment Bank Berhad memaklumkan unjuran itu mencerminkan pertumbuhan pekerjaan yang berterusan.

Sebahagian besarnya disebabkan oleh pengembangan berterusan dalam aktiviti ekonomi dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh.

Selain itu, pihaknya juga menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 3.3 peratus pada suku pertama 2024 dengan keseluruhan jangkaan pertumbuhan KDNK tahun ini antara 4.5 hingga 5 peratus.

Disasar pemulihan dalam sektor perkilangan, didorong oleh trend menaik dalam teknologi serta realisasi pelaburan diluluskan yang direkodkan tahun lepas untuk meningkatkan lagi aktiviti pengambilan pekerja dalam beberapa bulan akan datang.

ROSLINA BINTI DIN