fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.56 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.67 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 30 hari dan 91 hari.

Bank pusat akan turut menjalankan tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara bernilai RM1 bilion untuk 30 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.0 bilion dan RM18.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI