fb fb fb fb fb

OPR dijangka kekal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka kekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang.

Jangkaan Kenanga Investment Bank Bhd itu berasaskan tekanan inflasi yang mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.

Bagaimanapun, peralihan dasar fiskal dan risiko luar seperti ketegangan geopolitik, masih jadi faktor yang mempengaruhi pendirian bank pusat.

Kenanga menerusi nota penyelidikannya, turut menyemak naik unjuran nilai ringgit berbanding dolar AS kepada 4.25 daripada 4.42 sebelum ini.

Ia disokong perbezaan hasil, pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) dan pemulihan ekonomi China.

Asas-asas domestik akan terus mendorong peningkatan ringgit.

Namun bank itu kekal berhati-hati terhadap risiko luar, khususnya prospek penurunan ekonomi Amerika Syarikat serta ketidaktentuan berkaitan pilihan raya presiden negara itu dan ketegangan geopolitik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE