fb fb fb fb fb

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM36.55 bilion dan RM32.17 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

BNM juga dijadual mengadakan dua tender repo berbalik melibatkan sejumlah RM1 bilion masing-masing untuk jangka masa 32 dan 91 hari, serta dua tender Qard yang terdiri daripada tender RM500 juta selama tujuh hari dan tender RM200 juta untuk 14 hari.

Selain itu, bank pusat akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM37.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM31.5 bilion.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN