fb fb fb fb fb

Ninja Van Malaysia lancar Ninja Restock

Majlis Pelancaran Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Ninja Van Malaysia melancarkan Ninja Restock sebagai usaha merevolusikan landskap sektor pembekalan semula.

Perkhidmatan terbaru itu memenuhi keperluan penghantaran perniagaan-ke-perniagaan, menerusi ciri pengesanan barangan pada waktu nyata.

Ketua Ninja Van Malaysia, Lin Zheng berkata, pihaknya sentiasa berinovasi demi melengkapkan ekosistem penghantaran logistik pengguna.

"Kami bukan sahaja fokus kepada perkhidmatan penghantaran tetapi kepada seluruh ekosistem. Jadi pelanggan kami boleh fokus kepada produk mereka dan kami akan tumpu kepada rantai bekalan mengikut keperluan mereka.

"Itu yang membezakan kami lebih daripada sekadar servis penghantaran,"katanya.

Enam pasaran dan perusahaan yang akan diberi fokus adalah peruncitan, farmaseutikal, pemasaran pelbagai peringkat, makanan dan minuman.

Beliau ditemui media selepas sesi taklimat dan pelancaran Ninja Restock di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE