fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM20.64 bilion berbanding RM28.63 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM24.19 bilion daripada RM20.94 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM20.60 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.20 bilion, kedua-duanya bagi wang dua hari.

Setakat 26 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI