KUALA LUMPUR, 24 Januari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives tidak mencatatkan sebarang dagangan pada sesi pagi ini.
Pada pukul 9.33 pagi, kontrak Februari 2025, Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025, masing-masing pada 96.45.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka, masing-masing sifar.- BERNAMA