fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang urus niaga semasa dibuka

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives tidak mencatatkan urus niaga semasa dibuka pada Khamis.

Pada pukul 9.10 pagi, Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing disandarkan kepada 96.45.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing sifar. -BERNAMA

aidan