fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR dijangka tidak berubah minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.

Pada minggu urus niaga yang baru berakhir, kontrak-kontrak niaga hadapan tidak diniagakan dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Kontrak bulan semerta November 2023, Disember 2023, Januari 2024 dan Mac 2024 semuanya terikat pada 97.23.

Pendasar KLIBOR tiga bulan berada antara 3.63 peratus dan 3.64 pada sesi urus niaga minggu ini.
- BERNAMA

TETITIA YUSOFF