KUALA LUMPUR, 25 Mei - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan.
Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu yang baru berakhir, dengan kedua-dua jumlah dagangan serta kepentingan terbuka kekal sifar.
Kontrak bulan semerta Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan September tidak berubah pada 96.45.
Sepanjang minggu, pendasar tiga bulan KLIBOR berada pada 3.59 peratus. - BERNAMA