KUALA LUMPUR, 8 Jun- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.
Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu yang baru berakhir, dengan jumlah dagangan serta kepentingan terbuka kekal sifar.
Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan September 2024 kekal tidak berubah pada 96.45.
Sepanjang minggu, pendasar KLIBOR tiga bulan berada pada 3.59 peratus. -BERNAMA