fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan mendatar dengan kecenderungan meningkat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar dengan kecenderungan meningkat.

Menurut RHB Investment Bank Bhd, dari aspek teknikal, Indeks Kekuatan Relatif turut bergerak mendatar, menunjukkan indeks kekal berada dalam fasa konsolidasi.

“Pada aliran meningkat, paras halangan seterusnya pada 1,637 mata. Paras sokongan terdekat adalah pada 1,600 mata, dengan paras sokongan tambahan pada 1,575 mata,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi minggu baru berakhir, bulan semasa Jun 2024 menambah 15.5 mata kepada 1,618.5, bulan baharu Julai berada pada 1,623.0, September 2024 naik 16.0 mata kepada 1,608.0 dan Disember 2024 meningkat 17.5 mata kepada 1,615.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 44,563 lot daripada 174,737 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 53,827 kontrak daripada 59,191 kontrak sebelum ini.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 21.18 mata kepada 1,617.86 daripada 1,596.68 minggu lepas. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA