KUALA LUMPUR, 19 Disember -Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar prestasi di pasaran tunai.
Pada penutupan dagangan, Disember 2025 meningkat 22.0 mata kepada 1,668.50, Januari 2026 naik 21.5 mata kepada 1,672.0, Mac 2026 meraih 20.0 mata kepada 1,655.50 manakala Jun 2026 menokok 26.5 mata kepada 1,662.50.
Jumlah dagangan juga bertambah kepada 8,711 lot berbanding 7,193 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 46,114 kontrak daripada 44,677 sebelum ini.
Pada jam 5 petang, FBM KLCI melonjak 19.0 mata atau 1.15 peratus kepada 1,665.90 daripada 1,646.90, semalam.- BERNAMA