fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada awal dagangan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada sesi awal dagangan hari ini.

Pada pukul 9.18 pagi, kontrak bulan semerta Jun 2024 dan Julai 2024 masing-masing menambah 4.5 mata kepada 1,616.5 dan 1,620.5, September 2024 meningkat 3.0 mata kepada 1,606.5, dan Disember 2024 naik 2.03 mata kepada 1,61.

Jumlah dagangan sebanyak 1,167 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 47,906 kontrak.

Pada pukul 9.38 pagi, FBM KLCI menokok 5.95 mata kepada 1,620.68 daripada 1,614.73 semasa ditutup semalam.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM