fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan tinggi pada sesi awal dagangan pada Khamis.

Pada pukul 9.28 pagi, Mei 2024 meningkat lapan mata kepada 1,630.50; Jun 2024 naik 8.5 mata kepada 1,632.0 manakala September 2024 dan Disember 2024 masing-masing menokok tujuh mata kepada 1,618.5 dan 1,625.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,309 lot dengan kepentingan terbuka pada 46,234 kontrak.

FBM KLCI meningkat 9.72 mata kepada 1,631.81 selepas 49 minit dagangan. -BERNAMA

aidan