fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada pukul 9.15 pagi, kontrak bulan semasa Mei 2024 meningkat 4.0 mata kepada 1,613.5, Jun 2024 menambah 5.0 mata kepada 1,615.0. September 2024 naik 3.5 mata kepada 1,602.5 dan Disember 2024 menokok 2.5 mata kepada 1,606.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,656 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 47,162 kontrak.

Pada pukul 9.32 pagi, FBM KLCI naik 2.41 mata kepada 1,608.09 daripada 1,605.68 semalam.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM