fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pagi ini.

Pada 9.52 pagi, bulan semasa Julai 2024 naik 10.5 mata kepada 1,624.0, Ogos 2024 menambah 10.0 mata kepada 1,627.5, September 2024 meningkat 9.5 mata kepada 1,610.5 dan Disember 2024 menokok 13.5 mata kepada 1,621.5.

Jumlah dagangan sebanyak 16,487 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 59,048 kontrak.

FBM KLCI meningkat 5.89 mata kepada 1,618.77 daripada 1,612.88 pada Jumaat lepas.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN