fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Setakat pukul 9.30 pagi, bulan semasa Jun 2024 menambah lima mata kepada 1,587.0, Julai 2024 dan September 2024, masing-masing naik 5.5 mata kepada 1,587.5 dan 1,573.5 serta Disember 2024 meningkat tiga mata kepada 1,579.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,744 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 50,879 kontrak.

Pada pukul 9.50 pagi, FBM KLCI meningkat 1.39 mata kepada 1,586.33 daripada 1,584.94 pada Khamis.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM