fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM40.89 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.63 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion dan RM1.0 bilion untuk 31 hari dan 91 hari serta tender repo berbalik Islam (SBBA) bernilai RM400 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan tempoh satu dan tiga bulan untuk repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM21.1 bilion. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI