fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada tengah hari ini.

Pada rehat tengah hari, kontrak bulan semasa Mei 2024 merosot 2.0 mata kepada 1,616.0, Jun 2024 berkurangan 0.5 mata kepada 1,619.5, September 2024 susut 1.5 mata kepada 1,607.5 dan Disember 2024 merosot 1.0 mata kepada 1,615.0.

Jumlah dagangan sebanyak 15,978 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 62,045 kontrak.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FBM KLCI susut 2.71 mata kepada 1,615.56 daripada 1,618.27 pada Isnin.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM