fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pagi ini, menjejaki prestasi pasaran tunai asas.

Setakat pada pukul 9.25 pagi, kontrak September 2024 merosot 3.0 mata kepada 1,659.0, Oktober 2024 jatuh 4.0 mata kepada 1,660.5, Disember 2024 berkurangan 5.0 mata kepada 1,665.0 dan Mac 2025 menguncup 4.5 mata kepada 1,652.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,390 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,212 kontrak.

FBM KLCI susut 5.73 mata kepada 1,658.55 selepas 35 minit dagangan.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM