fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI meningkat pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi lebih tinggi pada sesi awal Rabu.

Pada 9.21 pagi, Ogos 2022 naik 0.5 mata kepada 1,485.0 manakala September 2022 dan Mac 2023 naik 1.0 mata kepada 1,469.0 dan 1,459.0 selain Disember 2022 menokok 4.0 mata pada 1,466.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,017 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,864 kontrak.

(Foto fail)

Pada 9.41 pagi ini, indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 4.02 mata kepada 1,486.78 daripada 1,482.57, sebelum ini.- BERNAMA

Media Baharu