fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang kukuh.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 dan Jun 2024, masing-masing naik 10.5 mata kepada 1,609.5 dan 1,610.0 manakala September 2024 dan Disember 2024, masing-masing menokok 11 mata kepada 1,599.0 dan 1,603.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 7,019 lot daripada 7,553 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 51,302 kontrak daripada 51,291 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 daripada 1,597.39 pada Isnin.
- BERNAMA

TETITIA YUSOFF