fb fb fb fb fb

Jumlah dagangan Industri Aeroangkasa Malaysia cecah RM23.2 bilion

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Industri Aeroangkasa Malaysia merekodkan jumlah dagangan sebanyak RM23.2 bilion pada tahun 2023 dengan eksport bernilai RM6 bilion dan hasil sebanyak RM18.1 bilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata eksport tertinggi dalam industri aeroangkasa adalah termasuk bahagian pesawat, helikopter dan kapal terbang. 

Menurutnya, sebanyak lima destinasi eksport teratas bagi industri aeroangkasa ialah Amerika Syarikat, China, Indonesia, Singapura dan United Kingdom. 

"Pemain industri aeroangkasa telah membantu mengukuhkan lagi Malaysia sebagai pembekal penting dalam rangkaian bekalan bahagian dan komponen aeroangkasa global dengan hampir 29,000 pekerja mahir," katanya.

Tambahnya, Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030 akan menempatkan Malaysia sebagai pembekal utama tenaga kerja industri aeroangkasa yang kompeten di Asia Tenggara.

TETITIA YUSOFF