fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 April - Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutupan, bulan semerta April 2024 meningkat 4.5 mata kepada 1,545.0, Mei 2024 yang baru diperkenalkan ditambat pada 1,547.0, manakala Jun 2024 serta September 2024 masing-masing menokok 5.0 mata kepada 1,548.0 dan 1,537.0.

Jumlah dagangan turun kepada 3,367 lot berbanding 9,771 lot yang dicatatkan pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 43,737 kontrak daripada 54,591 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 7.95 mata, atau 0.52 peratus kepada 1,544.02 daripada 1,536.07. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF