fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi yang lebih baik di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2024 naik tujuh mata kepada 1,535.0, Mac 2024 meningkat 6.5 mata kepada 1,518.0, Jun 2024 dan September 2024 menokok lapan mata masing-masing kepada 1,523.5 dan 1,513.5.

Jumlah dagangan turun kepada 6,086 lot daripada 9,526 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 50,371 kontrak daripada 53,113 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI meningkat 5.17 mata kepada 1,533.55 daripada paras penutup 1,528.38 pada Khamis.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM