fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 November - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kukuh hari ini seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 dan Mac 2024 naik 14.0 mata masing-masing kepada 1,468.5 dan 1,456.0.

Kontrak Disember 2023 dan Jun 2024 meningkat 14.5 mata masing-masing kepada 1,468.5 dan 1,456.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 12,579 lot daripada 8,969 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 51,586 kontrak daripada 47,854 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih daripada lapan bulan naik 15.12 mata kepada 1,466.84 berbanding paras penutup 1,451.72 pada Selasa. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF