fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Julai 2024, Ogos 2024 dan Disember 2024 meningkat 11.5 mata masing-masing kepada 1,633.5, 1,637.0 dan 1,628.0 serta September 2024 melonjak 12.5 mata kepada 1,621.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 9,754 lot daripada 13,121 lot, semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan 57,979 kontrak daripada 59,117 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI menokok 7.61 mata atau 0.47 peratus kepada 1,629.68 daripada paras penutup 1,622.07 pada Isnin.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM