fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 turun 6.5 mata kepada 1,601.0, Jun 2024 susut 4.5 mata kepada 1,603.0, September 2024 berkurangan 4.5 mata kepada 1,592.0 dan Disember 2024 jatuh 4.5 mata kepada 1,597.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 13,567 lot daripada 21,899 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka turun kepada 59,191 kontrak daripada 89,669.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI turun 7.58 mata kepada 1,596.68 daripada paras penutup 1,604.26 sebelumnya yang menyeret turun indeks itu di bawah paras psikologi 1,600. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM