fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika para pelabur menunggu pengumuman data inflasi daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 meningkat kepada AS$2,343,90 setiap auns troy daripada AS$2,338.30 setiap auns troy pada Khamis.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup kukuh kepada AS$1,353.60 setiap auns troy daripada AS$2,348.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangn menyusut kepada empat lot daripada 57 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 25 kontrak daripada 88 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 30 Mac, harga emas fizikal berada pada AS$2,348.55 setiap auns troy. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA